Wednesday, May 26, 2010

123456789.......100,000,000

"nombor yg anda dail tiada dalam perkhidmatan kami". suka x dgr ayat nie?

ayat kat atas nie x ada kena mengena dgn entry kali nie ye. harap maklum. tapi ada kena mengena dgn nombor. sapelah ye yang baek hati menJAJA no hp aku nie eh?

bukan satu....bukan dua.....dan bukan tiga gangguan itu yerk. tapi ada berderet2...... dari manusia yg x suka mengSAVE no tepon org, aku dah jadi insan yang melabel mereka2 nie dgn satu gelaran.

gelaran itu adalah SENGAL:
ini adalah senarai nombor yg suka sgt meMISKOL aku.
SENGAL 1: 01_-756031_
SENGAL 2: 01_-753956_
SENGAL 3: 01_ -572976_
SENGAL 4: 01_- 519382_
SENGAL 5: 01_-791678_
SENGAL 6:01_- 763470_
*satu no belakang dihilangkan bagi menjaga hak asasi kemanusian org laen*

knp aku label sengal eh? x baek taw kamu nie...... cuba paham kan betol2. sengal tu bermaksud sakit2. jadi mereka yg suka main2 mcm nie adalah kategory sakit. setuju x?

aku nak citer pasal salah satu no tu.
aku: "sori, sape nie ye?"
dia: "org lah"
aku: "nasib baek org, klo kucing dah lama aku pengsan"
dia: "pandai awk buat lawak ye."
*pastu mls dah nak layan*

ada plak yg satu nie.
dia: "awak nie kawan hakim ke?"
aku: "hakim maner nie?"
dia: "ala, klo sy ckp pun bukan awk kenal"
aku: "saya x da kawan hakim, kawan saya semuanya peguam"
dia: "dah tu awk nie sape?"
aku: " pegawai peguam bela"
*pastu dia dah x reply, mungkin dia rasa leh sakit otak layan aku*

dikesempatan nie, aku nak ckp lah pada sape2 yg TERbaca entry nie. x yah la main cak2 mcm nie. msj betol2 kan boleh. percayalah....percayalah....jika anda msj betol2 saya akan replynya klo ada kreditnya....hehehe........

p/s: tiada pic utk entry kali ini

Monday, May 10, 2010

>>>>>>>>>>>>LUKA

*appendix*

sejarah mungkin berulang lagi. aku hanya mampu merancang dan ALLAH yang menentukan segala-galanya. perit yg aku rasa sekarang nie sama mcm ape yg aku dah rasa tahun lepas. *tahun lepas ke???* dalam kerinduan pada sahabat, terselit satu kedukaan.

conditionnya sama, cuma watak tu berbeza. klo dlu watak tu mst ada dlm setiap bab perjalanan hidup cerita aku. pastu masuk bulan2 yg seterusnya, suram sket dan sekarang hilang erk......

duuusssshhhyyy!!!!!!

susah ye klo kita nak kekalkan satu2 watak yg best dalam hidup kita. banyak sgt halangan. ujian demi ujian. korang pernah x tepuk angin? bunyi x? cam tu lah aku rsa sekarang nie.

ala, setakat luka. letak detol sudeh.

pppeerrrgghhhh!!!!!!

luka kali nie berat sket. nak kena bius, pastu jahit. sebab dalam kot....... pastu luka tempat yg lama plak tu. sadis nie. cam tajuk lagu, luka berdarah kembali. *lagu sape nie ye?*

x pelah, ape2 pun. mungkin dia dah cuba jadi yg terbaek. bukan salah dia pun.

buat dia yang pernah membahagiakan dan membuat diri ini tersenyum: Thankz because being my friend although it just for a minutes..............

Wednesday, May 5, 2010

LaSt AssiGmeNt

Assignment minggu ini : Pandangan kamu tentang aku, perangai aku, apa yang buruk pasal aku.

Jangan pelik dgn tajuk itu. Ini first assignment yg berdenyut kepala nak pikir. Identity “aku” dalam cerita nie dirahsiakan bagi kepentingan semua pihak. HARAP MAKLUM.

APA pandangan aku pada ko:

Jawapan: Ko seorang yg BAEK. Selalu buat org laen senang wpun hakikatnya ko susah. *aku pandang dengan kedua belah mata aku yerk serta bercermin mata*.

Saranan: Buat baek berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

BILA ko berperangai buruk:

Jawapan: Saat membuat orang laen tersenyum sedangkan ko menangis guling2 dalam bilik. Memang tak boleh nak buat semua orang tersenyum dalam satu masa, tapi tak perlu berpura-pura tersenyum sedangkan hati ko berdarah. *sangat buruk perangai ko tu yerk*

Saranan: Jangan terlalu zalim dengan perasaan sendiri.

DIMANA aku pandang keburukan ko:

Jawapan: Keburukan tu muncul dimata ko. Dia lip lap, lip lap berkelip2. Hinggat aku nie ada black magic ape leh taw kat maner keburukan itu?????

Saranan: Semua akan jadi kebaikan jika kita fikir itu baek buat kita.

SIAPA ko dari pandangan mata aku:

Jawapan: Seorang SAHABAT dikala suka dan duka. Walaupun kuat merapek, tapi aku suka. Kemerapikan ko tu lah yang membuat aku jadi terus2 merapek macam nie. Ko jua seorang anak yang soleh. Sentiasa ingat keluarga, ala2 anak mak gitu. *jangan marah sbb tgn nie yang menaip, aku x taw*

Saranan: Keep it up with yr MERAPEK itu.......i’m love it did......

BAGAIMANA aku boleh tulis semua yang diatas ini.

Jawapan: Sebab ko kata nie assignment. Aku mmng suka wat assignment. *aku tersenyum wat ayat nie*

Saranan: Jangan kasi ape2 assigement lagi. Sem 6 dah berakhir dan Sem 7 belum bermula.

Last question biar aku yang tanya ko plak erk: KENAPA ko tanya aku soalan ini????

p/s: Jawablah walaupun hanya didalam hati. Sekurang2 nya ko menjawab soalan itu.


Monday, May 3, 2010

~~~mental illness~~~

*gambar hiasan*

> merujuk kepada tajuk diatas adalah lebih baek jika aku pergi jumpa kauselor sebelum ianya menjadi lebih teruk........


p/s: Jangan kata yg anda x pernah alami keadaan ini sepanjang anda hidup..........

tEnTang Tuan punYer pEn

My photo
"seorang pelajar yg masih belajar dlm mengejar impian untuk menjadi pengajar kepada pelajar2nya......"