Tuesday, January 25, 2011

Berkarya sebentar

Ada sepasang suami isteri yang baru sahaja mendirikan rumah tangga. Biasalah baru balik dari honeymoon. Tiba2 si suami bertanya pada isterinya.

Suami: Cyg, knp cyg cintakan abang?

Isteri: (Hanya tersenyum dan meneruskan kerjanya).

Suami: Ha…..Abang tahu. Mesti sebab abang hensome kan. Ala-ala Farid Kamil gitu……. *pelakon favorite penulis*

Isteri: Saya cintakan abg tanpa sebab. *ala2 mcm malas nak layan gitu*

Keesokan harinya, semasa si suami sedang khusyuk mengira hutang2 nya bulan itu. Bil air, elektrik, rumah banglo 3 tingkat, kereta bmw sport ……….barang dapur…..shooping……bla…bla…bla…..

Isteri: Abang dah gaji ke?

Suami: Ha’ah, baru tadi. Sayang x jawab lagi soalan abg semalam kan. Kenapa Cyg cintakan abg? Mesti sebab abg kayakan……..ala2 Shamsul Yusuf gitu……… *pengarah citer khurafat*

Si isteri tetap x menjawab. Si isteri terus duduk disebelah suaminya dan meletakkan kepala dibahu suami nya sehingga dia terlelap disitu.

Selang beberapa hari selepas itu, si suami yang baru pulang dari masjid duduk disebelah isterinya yang sedang menonton tv.

Isteri: Abang baru balik? Wah, mcm Ustaz Amirul lah abg hari ni.

Suami: Abang nak tny sket boleh?

Isteri: Apelah abg ni, tny jerlah. Mintak izin pulak.

Suami: Cyg cintakan abg x?

Isteri: Ya ALLAH, ingatkan apelah tadi. Mestilah cyg cintakan abg.

Suami: Kenapa Cyg cintakan abg? Sebab abg macam Ustaz Amirul ke? *lagi favorite penulis*

Isteri: Kan cyg dah kata semalam, cyg cintakan abg tanpa sebab (sambil tersenyum dan mengajak suaminya naik ke atas utk mengajarnya mengaji)

Seminggu kemudian, semasa pasangan suami isteri ini sibuk membeli belah. Si suami yang terkenal dgn sifat pemurahnya itu telah memberi aiskrim kepada seorang kanak2 yang menangis ditepi jalan. Si isteri sungguh terharu sehingga menitiskan air mata.

Suami: Kenapa cyg menangis?

Isteri: Baiknya hati abg. Kita bukan nyer kenal pun dgn budak tu.

Suami: Dah rezeki budak tu kan, kita beri jer lah. Sayang, sebab ni ke syg cintakan abg?

Isteri: Abang…….cyg cintakan abg tanpa sebab.

Suami: Maner boleh tanpa sebab.

Isteri: (Tersenyum dan terus memaut lengan suaminya dan berjalan)

Pabila pulang kerumah. Si suami masih x puas hati kerana isterinya x pernah nak menjawab. Kenapa isterinya cintakan dia. Si suami mula berprasangka buruk. Dia merasakan isterinya berkahwin dgn dia hanya kerana mahukan hartanya, sebab itulah isterinya x menjawab apabila ditanya.

Sebulan kemudian. Perkara yang x diingini telah berlaku keatas si suami. Si suami terlibat dgn satu kemalangan yang dasyat. Dia terlantar di katil hospital. Berbekalkan bantuan oksigen, dia masih mampu utk meneruskan hidup. *keadaan kritikal*

Si isteri yang setia datang melawat suaminya pada setiap hari. Tanpa jemu menemani suaminya dgn bacaan ayat al-quran yang pernah si suami ajarkan nya dulu. Pada hari ke-7, sebelum pulang, si isteri menyelitkan sekeping surat di bawah bantal suaminya. Dengan takdir tuhan, malam itu suaminya sedar dari koma. Si suami pilu kerana isteri tersayang tiada di sisi ketika itu. Hatinya mula berdetik yang isterinya benar2 tidak syg kan dia lagi. Tiba2, si suami terlihat sekeping surat dibawah bantalnya. Dia membuka surat tersebut. Berbekalkan lampu hospital yang samar itu, si suami dapat membaca isi surat tersebut. Air matanya mengalir saat dia menghabiskan ayat terakhir surat itu.

Surat Dari Isterimu

Abang, Saya cintakan abang tanpa sebab.

Kalau abg katakan yang saya cintakan abg sebab abg hensome, sekarang muka abg dah hampir hancur, kaki abg patah, tangan kiri abg retak. Jadi, hilang semua apa yang abg pernah katakana dulu. Maknanya, saya dah x perlu cintakan abg lagi?

Kalau dulu abg kata sy cintakan abg sebab abg kaya. Sekarang, kereta abg remuk. Abg dah x mampu utk pergi kerja seperti dulu lagi. Kemungkinan abg akan hilang pekerjaan. Rumah kita akan dilelong. Abg dah x mampu utk beri kemewahan pada saya. Jadi saya dah x perlu cinta kan abg lagi?

Kalau dulu abg kata saya cintakan abg kerana abg selalu ke masjid. Sekarang, utk mengambil wuduk pun abg perlukan bantuan org lain. Abg dah x mampu utk pergi ke masjid. Jadi sy dah x perlu cinta kan abg lagi?

Kalau dulu abg kata saya cintakan abg kerana abg seorang yg dermawan. Sekarang, abg dah x mampu utk bergerak sendiri. Abg dah x mampu utk bantu kehidupan org lain malah abg sendiri perlukan bantuan org lain utk terus hidup. Jadi saya dah x perlu cintakan abg lagi?

Kita berkahwin kerana ALLAH mengizinkan hati kita bersatu. Saya cintakan abg tanpa sebab. Jadi saya masih CINTAKAN abg kerana tiada sebab utk saya tinggalkan abg. Semua yang didunia ini hanya pinjaman dari ALLAH, syukurilah nikmat yang diberikan sebelum dia mengambilnya semula.

Salam syg dari ISTERI TERCINTA

p/s: Penulis telah mengubah sebahagian besar cerita asal ini mengikut cita rasa dia tapi jalan citer tetap sama. Si penulis berharap dia akan bertemu dgn sekeping lagi hatinya kerana ALLAH mengizinkan mereka bersatu. Cintailah dia tanpa sebab, kerana cinta itu dia.

Thursday, January 20, 2011

Dairy JAN 2011

Date: 11 Jan 2011
Time: 8.30 pm

Location: Sate Kajang Haji Samuri
Objective: Celebration of 22nd my besday
Explanation: So sweetz b'coz belated besday girl pilih sendiri kek and hadiah, org laen yg
bayar. Dapat hadiah JAM MICKEY yg bleh tukar2 warna. Walaupun perjalanan yg mencabar sbb x taw tempat, rasa puas hati sgt sbb dapat date together with Hamidah Kamarden and Mazlina Mohd Yunos. Tahun nie dah x da org nak celebrate besday saya lg....sedey.









Date: 15 Jan 2011
Time: 9.55pm

Location: Home

Objective: Baru pulang dari tgk KHURAFAT together with all housemate.

Explanation: Gempak lagi menGEMPARkan. Best, 5 stars for this movie. Also 5 Stars to all my housemate. Really enjoy it!!!!!







Date: 17 Jan 2011
Time: 3.00pm

Location: Green Box Jusco Bukit Tinggi Objective: Want to listen Mid nyanyi.
Explanation: Setelah 4 tahun dok bersama. Inilah kali pertama g karok dgn Mid n Ena. Tercapai sudah...... Serius, suara mereka mmng sedap!














Date: 16 Jan 2011
Time: 8.30pm
Location: The Curve, KL.
Objective: Nak belajar jadi org media.
Explanation: Credit to Darina Othman sbb bg ktorg chance utk rasa cam ne jadi org MEDIA. Sgt best! Dah la tgk movie 7 LAGU free, dapat dinner plak tu. Yg penting, dapat jumpa artis!!!!!

Monday, January 10, 2011

Teruskan berfikir.......

"Kalau kita tak mampu nak bahagiakan org lain, Jangan sesekali beri derita pada org itu"


------>>>>> *petikan kata2 dari seorang kawan*

tiba2 rasa nak ulas petikan kata2 tu.
betol2........kalau kita x berupaya nak buat org ketawa.......jgn sampai kita buat org menangis....

terdiam sejenak!

mula memuhasabah diri.

x pernah terlintas dekat fikiran nie nak buat org menangis
x pernah terniat nak bikin org nangis.....
aku x pernah salahkan dia......


tapi.....

aku insan biasa....yg x lekang dari dosa

kadang2 kita x perasan pun apa yg kita buat tu boleh bagi derita pada org lain dan kadang2 dia pun x taw yg dia dah buat kita menderita!

aku suka lirik lagu ni

Sekiranya derita merinduimu
Itu sebenarnya bahagia
Aku pilih derita


lagu ahli fiqir: Derita Merinduimu

kalau bleh sekarang jugak aku nak berada kat umah. sebab..........haaaaaaaaa......aku rindu Bidadari Kecilku

hahahahaha......


P/S: ini adalah luahan hati org yg homesick! Bila si kecil tu ada depan mata aku buli. Bila dah jauh rindu pulak.

Sunday, January 2, 2011

Belajar utk lebih simpati........



ini adalah cara terbaru NAZURAH ERYNA utk tunjuk perasaan......

amacam????

berkesan x lakonan nie?


motif nya hnya utk mintak di dukung.....

tanpa air mata...cara ini x akan berjaya wat makcu dia kesian kat dia.


kejam???

maner ada.....biasa ar..........



P/S: kepada sesiapa yg ada BF, tlng jgn tiru aksi ini bila BF anda x maw belikan anda aiskrim yerk

tEnTang Tuan punYer pEn

My photo
"seorang pelajar yg masih belajar dlm mengejar impian untuk menjadi pengajar kepada pelajar2nya......"