Sunday, October 11, 2009

MANDATORI part 2

“Bukan lagi gharib tetapi aku rasa sudah sampai ke psiko.” Ulasnya.

Danny Babbin sekadar tersenyum lirih. Diam. Sengaja memberi ruang untuk Rick terus berkata.

“Danny, masakan pesona seintelekmu tiba-tiba harus menjadi sebegini pandir?”

“Kau fikir aku pandir?” Rick mengganguk.

“Atau ada istilah lain yang boleh aku gunakan? Pesona jenis apa yang mahu menghukum dirinya sendiri untuk kesalahan yang sama sekali tidak pernah dilakukan?.”

“Sudah berapa lama kau kenal aku Rick?” Dijawabnya persoalan dengan pertanyaan.

Rick Carufel menyandarkan tubuh nya ke kerusi. Disorotnya wajah Rick yang tetap tenang di depannya. Rupanya lelaki itu bukan bersenda dengan apa yang diminta nya. Ada kesungguhan terbayang diwajah nya. Untuk itu Rick tau dia harus berkarektor lebih serius.

“Sudah berapa lama kau kenal aku Rick?” Ulang Danny.

“Sepuluh tahun”

“Sepanjang sepuluh tahun itu kau pernah lihat kau bersikap impulsif?”

Pantas Rick memutar projector ingatannya. Mencari kalau-kalau ada adegan dimana lelaki itu bersifat impulsif. Ternyata tidak ada. Dan akhirnya terpaksa menggeleng.

“Kalua tidak ada, kenapa sekarang kau meragui tindakanku?”

“Tapi” Rick menjadi kehilangan bahasa. Bagaimana harus ditangkisnya hujah sang penulis profesional itu?.

“Rick” Danny Robbin berdiri. Sepasang matanya yang terperesok kedalam bagaikan menagih huluran sebuah pengertian.

“Aku hanya datang menemuimu, kerana aku yakin kau boleh menolongku”.

Dia melangkah beberapa tapak menjauhi Rick yang masih tetap dikerusi.

“Fikirkan lah Rick. Aku bukan mahu menjalani hukuman. Aku sekadar mahu mengahayati bagaimana perasaan seorang yang mahu dihukum. Aku masih sayangkan hidupku dan aku bukan sepandir itu untuk membiarkan hayatku diregut semudahnya”.
to be continue..........

No comments:

Post a Comment

tEnTang Tuan punYer pEn

My photo
"seorang pelajar yg masih belajar dlm mengejar impian untuk menjadi pengajar kepada pelajar2nya......"