Tuesday, October 6, 2009

MANDATORI part 1

Sunyi.Namun bisingan sepi itu cukup mencengkam hati nya. Membuat perasaan nya bergalau. Raung resah seolah meruntun rasa. Genta gelisah bagaikan mengegar jiwa.
Danny Babbin mengeluh. Malam kian merudukan mata. Namun mata yang rudu itu enggan dihantar kesebuah dengkur yang lena. Dahinya kembali ringsing. Bertarung melawan putaran minda yang mencari.

Ya, dia yang mencari. Mencari frasa terbaik untuk membina selembar wacana yang lengkap. Menyelongkar serimba alfabet bagi membentuk sehampar gatra terindah.

Semuanya harus menjelma dalam karya paling expresif jua impresif. Pun, bertapa tidak semudah itu!

Selayar abjad yang terpamer lewat kaca monitor yang sejak tadi terpasang didepannya. Masih dirasakan terlalu rua. Bagaimana boleh dicurinya hati pembaca dengan hasil karya yang serua itu?


Permintaannya disambut dengan ketawa Rick Carufel yang terbahak-bahak. Penguasa penjara Lassela yang bertubuh rigai itu bagaikan sedang digeliting geli.

Namun Danny hanya tenang memerhati. Ketika ketawa sahabat mulai reda, barulah dia rasa wajar mengaju tanya.

“Gharib benarkah apa yang aku minta?” Rick menyapu mata yang basah.

Cuba dimatikan sisa ketawa yang yang masih terus mahu berderai. Dia menggeleng.

be continue..........

No comments:

Post a Comment

tEnTang Tuan punYer pEn

My photo
"seorang pelajar yg masih belajar dlm mengejar impian untuk menjadi pengajar kepada pelajar2nya......"