Sunday, May 31, 2009

kAd JeMpUtaN

Kalau sebut kad jemputan jer…….sahabat2 mst terfikir wedding invitation kan…

Huhuhu……memang betol pun…itulah yg mahu diriku ini memperkatakannya.

Pada sahabat2, penting ke invitation card tu?

For me, it’s very important taw………yg paling penting ayat dekat dalam card tu.

Kalau kita tulis doa2 untuk kebahagiaan, maka kalau ada 100 card…..

Maka dgn izin ALLAH akan ada 100 pendoa untuk pengantin kan…..

Itulah function invitation card tu……betol x? *sila jawab*

Last 2 days, parents aku ada dapat wedding invitation card, from……*x kenal la……*

Ape yg menarik dekat card tu adalah……..*jeng-jeng*

Mutiara Katanya

Tak perlu mencari teman sebaik Balqis,

Andai diri tak sehebat Sulaiman,

Mengapa mengharapkan teman setampan Yusuf,

Jika kasih tak setulus Zulaikha,

Tak perlu mengharapkan teman seteguh Ibrahim,

Andai diri tak sekuat Siti Hajar,

Dan mengapa di idamkan teman hidup bak Siti Khadijah

Jika diri tak sesempurna Rasulullah s.a.w

Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan

Dan carilah kebaikan pada dirinya

Dan bersyukurlah dipertemukan dengan si dia,

Tetaplah berdoa pada Tuhan agar dia akan terus menjadi milikmu………………

*Indahkan kata2 tu…….aku tertarik untuk mengulasnya*

Teringat kata2 Dato’ Fazilah Kamsah

“Perempuan yg baik untuk lelaki yg baik dan sebalik nya tetapi kita perlu ingat, Lelaki yang baik pasti akan dapat perempuan yang baik tetapi perempuan yang baik tidak semestinya dapat lelaki yang baik” *renung2 kan lah….apa ada disebalik kata2 itu…..*

Lately aku terbaca satu article yg menarik, mampu membuat aku tersenyum……

Tajuk nya, surat buat bakal suami……… *tajuk nak gempak*

Nak taw dia cerita ape, dia pi dok siarkan kat majalah ciri2 lelaki idaman dia…… ntah ape2 ntah. Dah la tu, pompuan tu baru berumo 20 an. Takut jadi andartu ke? Come on la, life dia jauh lagi. Banyak lagi pengalaman yg dia belum ada, dah nak risau cam tu sekali. Kan dah tertulis dalam al-quran

Surah annur ayat 26:

Wanita baik itu dijanjikan untuk lelaki yang baik dan sebaliknya. Telah tercatat seungkap nama lelaki di loh mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Jika kau diatas jalan yang diredhai, insyaALLAH si dia turut dijalan yang sama. Lupakan segala kegundahan, teguhkan diri pada cinta Hakiki, nescaya cinta lelaki soleh juga turut kau miliki.

*Suka aku meningatkan diri sendiri dan sahabat tentang itu……………*

Muka surat sebelah nya pulak cerita pasal seorang lelaki ditipu cinta perempuan yang dia anggap palsu. Menarik sungguh permainan dunia nie kan. Dalam article tu dia ada nyatakan, girl friend pertama dia mata duitan. Nak lelaki yang leh jadi pelengkap, tapi padahal nak yg boleh bagi hadiah mahal2. Yang kedua pulak main kayu tiga. Konon2 la caring, Tanya tengah buat ape, dekat maner. Walhal, nak coverline kuar dengan lelaki lain. Sampai la gf dia yang ke-4, ada jer masalah dia. Itulah, inilah. Macam-macam. Lepas baca article tu, aku termenung sejenak. *Pernah tak lelaki tu muhasabah diri?*

Nak cari gf yang hebat, setia, cantik, ntah ape2 lagi lah. Tapi diri dah ada ke ciri2 mcam tu? Manusia nie mudah alpha.

Ingat sahabat2, tak salah jika kita mengimpikan pasangan yg hebat…….tapi hebatkan diri kita dahulu. Dekatkan diri dengan ALLAH kerana dia ada kehebatan cinta itu.

Alhamdullilah, dengan kata2 dari sahabatku, aku masih mampu mengukirkan senyuman kerana ALLAH telah meminjamkan kehebatan itu untuk aku. Hari ini aku rasakan tindakan yang dulunya dianggap gila kini terselah hikmah nya. KEREDHAAN IBUBAPA ITU SANGAT PENTING.

No comments:

Post a Comment

tEnTang Tuan punYer pEn

My photo
"seorang pelajar yg masih belajar dlm mengejar impian untuk menjadi pengajar kepada pelajar2nya......"