


aKu y SimPle tApi coMplicAted Nie dAh mULa Nak MeNaiP sElEpAs pEn aku bUrUk......
Ayah saya selalu berpesan "DAHULUKAN APA YANG PENTING, UTAMAKAN APA YANG LEBIH PENTING"
Kadang kala kita susah utk bezakan apa yang penting dan apa yg lebih penting sebab semua yg kita lakukan kita rasa tersgt lah penting.
Now, dah part 8, dah semakin dewasa a.k.a umor dah makin bertambah. Bila tgk kawan2 yg dah bertunang, dah mendirikan rumah tangga....rasa jeles lah plak....ish! B4 that, nak wish congrate to all my friend yg dah melangkah ke alam baru.
When talk about "rumah tangga" ayah ku selalu berpesan.........kalau rasa ianya penting, go on lah tapi utamakanlah yg lebih penting sekarang nie.
Start confius.....nie kasi kawen ke x nie???? Hahahahaha..........
Wait2........study dah habis blum?????
"belum cikgu!"
Thesis dah hantar blum????
“buat muka blurrrr” sbb bukan blum hantar tapi blum SIAP
So, maner yg lebih penting...........????
Sebenarnya, ianya ikut keadaan. Kalau dah tahap yg WAJIB kawen, mean kawen itu lebih penting. Tapi kalau tahap yg suam2 kuku, tapi terasa mcm dah nak berumah tangga, belajar itu jadi lebih penting. Hehehehehe………………….
Ok2…let’s talk about the main point for this entry.
Dalam banyak2 assigment……..maner yg lebih penting?
1. Thesis submit on 29 April
2. Drama in science submit on 29 March
3. Report and journal SCE 554 submit on 1 April
4. Presentation of Bumiputra 12 April
5. Teaching Aid for science 5 April
6. 6. Lesson plan for math software 18 April
WOOOWWWWW……..banyak nyer keje lagi……. Adoi! Maner yg lebih penting nie?
Bila tgk pada tarikh……..yg 29 march tu yg paling penting….setuju?
Tapi bila tgk pada kesusahan assignment itu, thesis lagi penting……..setuju?
Tapi bila tgk pada komitment kerja………SCE 554 tu lagi penting sbb melibatkan kerja kumpulan….melibatkan markah org laen, setuju?
Tapi………..bila dikaji semula……..Presentation of bumiputra akan jadi lagi penting sebab x start ape2 lagi………yg laen dah OTW.
Conclusion: Dahulu atau Utama semua nya akan selesai apabila kita bijak hargai 24 jam yg kita ada itu.
“ya ALLAH ya tuhan ku, ku pohon dipinjamkan sedikit ketabahan untuk hati hambamu yang hina ini”
Tersenyum sedirian mengenangkan sesuatu yg dah berlaku satu masa dulu. Terima kasih ya ALLAH kerana telah memberikan aku petunjuk dari terus melakukan khilaf itu. Seorang hamba ALLAH telah berjaya menyedarkan kan aku tentang sifat buruk yang ada pada diri ini atau dia telah menyedarkan aku bahawa hidup x seindah mimpi. Terlalu hina rasanya diri ini apabila menyedari kesilapan itu.
Ikuti permualan antara khilaf (aku) dgn hamba ALLAH yang ku gelar “ake nob”.
Khilaf: Orait.....but whatever u do plz dont make yr lover cry b'coz of u k.
Ake nob: There are few little probs.. and im the one who can make it right, tp kalau xblh.. xblh gak... nape sy perlu nk mintak maaf dgn awak.. kn? :)
Khilaf: what? mintak maaf dgn saya? for what? skrng nie sy x taw apa mslh awk dgn dia, so can u make me clear?
Ake nob: come on.. stop pretend la, sy xd masa utk sume ni.. kalau ianya masalah itu antara sy n dia. salah sorang drp kitorang kene terima, that all... ok? So, awak jgn ikut menangis gak la:)
Khilaf: oh.....sesenang itu.......
Ake nob: yup, sesenang itu
First learning: Khilaf adalah sorang yg pretend.
Base on the dictionary, pretend mean represent fictitiously, as in a play, or pretend to be or act like "She makes like an actress"
Selama nie itulah perception dia pada aku. Ok, lepas nie x yah pretend lagi, redah jer mcm maner Ake nob buat, biarlah hati org lain terluka. Janji hati kita puas. Gitu? Setuju? Orait………
Second learning: Jangan tolong kawan
Kalau kawan kita ada masalah, kita biarkan jer. Jangan ikut menangis sebab tu bukan mslh kita. Itu masalah dia. Walaupun dia tu kawan baik kita. Kita diam2 jer, mcm org skrng kata, buat BODOH jer. Bak kata Ake nob, x payah ikut nangis ok. Nie Ake nob yang ajar. Setuju? Orait………
Perbualan diteruskan, ada text yg dipotong sebab x perlu dikomen.
Ake nob: oh dh fhm? thanks god
Khilaf: dah....dah clear dah semua nya.......
Ake nob: so, awak bukan lg distraction la bg sy :) jgn ckp seolah2 awak ni doktor cinta ok :)
Khilaf: ayat tu salah... "bukan lg.......sepatutnya awk ckp....yg sy x pernah jadi distraction bg awk"
Ake nob: xpernh k? yg selama ni.. come on girl…….jgn ckp mcm org xle nk berfikir, awk tahu x, sy ni ada beribu masalah sy nk kene hadapi, awak ni hanya secebis dr beribu ribu masalah sy, sy "puh" (petik jari) hilang dh secebis masalah tu.
Third learning: Khilaf adalah distraction bg kehidupan org lain.
Base on dictionary distraction mean an obstacle to attention.
Oh! Baru ku sedar bahawa diri ini selamanya obstacle. Aku bagi masalah rupa2nya. Adoi! Ape lah yang aku dah buat nie. Susah kan org rupa2 nya. Silatulrahim yang selama bertahun2 nie terjalin hanyalah satu kesilapan rupa2nya. Dan x susah utk hilangkan masalah tu, just "puh", dalam erti kata lain, nyah ko dari hidup aku.
Khilaf: thankz........x pe lah klo mcm tu.....sy pun x maw tambah mslh awk, sorilah klo sy nie susahkan awk selama nie
Ake nob: bgs2...
Khilaf: im so sori....ikhlas nie....sori k
Ake nob: hilang 0.1 masalah sy dr beribu2 tu, awak nk mintk maaf.. xyh la.. sy dh maafkan dh pun sbb xd hasil langsung kalau org mcm awak ni wat salah kt sy, cmni la awk, ni sikit la nasihat dr sy... awak jgn la nk masuk cmpur k,,,, urusan org lain k.. sbb makan diri nnti ok... think...
Fourth learning: Khilaf seorang penyibuk.
Sila buat x taw jer bila ada org yg dalam kesusahan. Jgn sibuk2 pikir pasal org tu. Fikir pasal diri sendiri jer. Walaupun org tu org yg kita syg, kalau dia menangis depan kita, kita wat buta jer, wat pekak jer k. setuju? Jgn cuba2 jadi penyayang k.
P/s: Nilai sendiri learning yg cuba disampaikan. Walaupun terluka aku terima dgn hati terbuka. Ada hikmah disebalik semua nie.
Ada sepasang suami isteri yang baru sahaja mendirikan rumah tangga. Biasalah baru balik dari honeymoon. Tiba2 si suami bertanya pada isterinya.
Suami: Cyg, knp cyg cintakan abang?
Isteri: (Hanya tersenyum dan meneruskan kerjanya).
Suami: Ha…..Abang tahu. Mesti sebab abang hensome kan. Ala-ala Farid Kamil gitu……. *pelakon favorite penulis*
Isteri: Saya cintakan abg tanpa sebab. *ala2 mcm malas nak layan gitu*
Keesokan harinya, semasa si suami sedang khusyuk mengira hutang2 nya bulan itu. Bil air, elektrik, rumah banglo 3 tingkat, kereta bmw sport ……….barang dapur…..shooping……bla…bla…bla…..
Isteri: Abang dah gaji ke?
Suami: Ha’ah, baru tadi. Sayang x jawab lagi soalan abg semalam kan. Kenapa Cyg cintakan abg? Mesti sebab abg kayakan……..ala2 Shamsul Yusuf gitu……… *pengarah citer khurafat*
Si isteri tetap x menjawab. Si isteri terus duduk disebelah suaminya dan meletakkan kepala dibahu suami nya sehingga dia terlelap disitu.
Selang beberapa hari selepas itu, si suami yang baru pulang dari masjid duduk disebelah isterinya yang sedang menonton tv.
Isteri: Abang baru balik? Wah, mcm Ustaz Amirul lah abg hari ni.
Suami: Abang nak tny sket boleh?
Isteri: Apelah abg ni, tny jerlah. Mintak izin pulak.
Suami: Cyg cintakan abg x?
Isteri: Ya ALLAH, ingatkan apelah tadi. Mestilah cyg cintakan abg.
Suami: Kenapa Cyg cintakan abg? Sebab abg macam Ustaz Amirul ke? *lagi favorite penulis*
Isteri: Kan cyg dah kata semalam, cyg cintakan abg tanpa sebab (sambil tersenyum dan mengajak suaminya naik ke atas utk mengajarnya mengaji)
Seminggu kemudian, semasa pasangan suami isteri ini sibuk membeli belah. Si suami yang terkenal dgn sifat pemurahnya itu telah memberi aiskrim kepada seorang kanak2 yang menangis ditepi jalan. Si isteri sungguh terharu sehingga menitiskan air mata.
Suami: Kenapa cyg menangis?
Isteri: Baiknya hati abg. Kita bukan nyer kenal pun dgn budak tu.
Suami: Dah rezeki budak tu kan, kita beri jer lah. Sayang, sebab ni ke syg cintakan abg?
Isteri: Abang…….cyg cintakan abg tanpa sebab.
Suami: Maner boleh tanpa sebab.
Isteri: (Tersenyum dan terus memaut lengan suaminya dan berjalan)
Pabila pulang kerumah. Si suami masih x puas hati kerana isterinya x pernah nak menjawab. Kenapa isterinya cintakan dia. Si suami mula berprasangka buruk. Dia merasakan isterinya berkahwin dgn dia hanya kerana mahukan hartanya, sebab itulah isterinya x menjawab apabila ditanya.
Sebulan kemudian. Perkara yang x diingini telah berlaku keatas si suami. Si suami terlibat dgn satu kemalangan yang dasyat. Dia terlantar di katil hospital. Berbekalkan bantuan oksigen, dia masih mampu utk meneruskan hidup. *keadaan kritikal*
Si isteri yang setia datang melawat suaminya pada setiap hari. Tanpa jemu menemani suaminya dgn bacaan ayat al-quran yang pernah si suami ajarkan nya dulu. Pada hari ke-7, sebelum pulang, si isteri menyelitkan sekeping surat di bawah bantal suaminya. Dengan takdir tuhan, malam itu suaminya sedar dari koma. Si suami pilu kerana isteri tersayang tiada di sisi ketika itu. Hatinya mula berdetik yang isterinya benar2 tidak syg kan dia lagi. Tiba2, si suami terlihat sekeping surat dibawah bantalnya. Dia membuka surat tersebut. Berbekalkan lampu hospital yang samar itu, si suami dapat membaca isi surat tersebut. Air matanya mengalir saat dia menghabiskan ayat terakhir surat itu.
Surat Dari Isterimu
Abang, Saya cintakan abang tanpa sebab.
Kalau abg katakan yang saya cintakan abg sebab abg hensome, sekarang muka abg dah hampir hancur, kaki abg patah, tangan kiri abg retak. Jadi, hilang semua apa yang abg pernah katakana dulu. Maknanya, saya dah x perlu cintakan abg lagi?
Kalau dulu abg kata sy cintakan abg sebab abg kaya. Sekarang, kereta abg remuk. Abg dah x mampu utk pergi kerja seperti dulu lagi. Kemungkinan abg akan hilang pekerjaan. Rumah kita akan dilelong. Abg dah x mampu utk beri kemewahan pada saya. Jadi saya dah x perlu cinta kan abg lagi?
Kalau dulu abg kata saya cintakan abg kerana abg selalu ke masjid. Sekarang, utk mengambil wuduk pun abg perlukan bantuan org lain. Abg dah x mampu utk pergi ke masjid. Jadi sy dah x perlu cinta kan abg lagi?
Kalau dulu abg kata saya cintakan abg kerana abg seorang yg dermawan. Sekarang, abg dah x mampu utk bergerak sendiri. Abg dah x mampu utk bantu kehidupan org lain malah abg sendiri perlukan bantuan org lain utk terus hidup. Jadi saya dah x perlu cintakan abg lagi?
Kita berkahwin kerana ALLAH mengizinkan hati kita bersatu. Saya cintakan abg tanpa sebab. Jadi saya masih CINTAKAN abg kerana tiada sebab utk saya tinggalkan abg. Semua yang didunia ini hanya pinjaman dari ALLAH, syukurilah nikmat yang diberikan sebelum dia mengambilnya semula.
Salam syg dari ISTERI TERCINTA
p/s: Penulis telah mengubah sebahagian besar cerita asal ini mengikut cita rasa dia tapi jalan citer tetap sama. Si penulis berharap dia akan bertemu dgn sekeping lagi hatinya kerana ALLAH mengizinkan mereka bersatu. Cintailah dia tanpa sebab, kerana cinta itu dia.
Sponsored by the web design companies web guide. |